ASSALAMUALAIKUM..
hye blog ku ini..
percaya atau tidak, kali nie mood aku agak kurang sedikit kerana faktor-faktor yang memoodykan..
aku percaya kepada kemaafan..
kerana pada aku kemaafan pengubat kepada seribu kesakitan..
biar pun terkadang itu ego membuatkan seseorang itu susah untuk memberi kemaafan..
tapi setiap orang mampu memberi kemaafan dengan segala kesilapan yang orang lain lakukan..
mungkin banyak faktor yang kita sendiri tidak tahu kenapa mereka melakukan kesilapan..
hanya pandangan yang mengaburi setiap tingkah laku seseorang..
soal permasalahan didalam perhubungan acap kali menimbulkan ketegangan didalam perhubungan lalu timbul kesakitan dalam hati masing-masing..
tidak siapa tahu dengan raut wajah yang selamba di depan orang..
gelak tawa yang riang di hadapan kawan-kawan..
gurau senda yang selama ini hanyalah penyelubung kepada kesakitan..
tanpa kita sedar,tiada siapa yang mampu ketahui rahsia hati..
lagi-lagi seorang lelaki yang sangat susah untuk meluahkan isi hati pada sesiapapun..
dengan niat ingin bertanyakan pendapat dan berkongsi masalah..
mustahil untuk seseorang itu bertindak demikian apabila ada permasalahan..
kalau ada pun setelah beberapa lama ia laluinya..
padanya..
kemaafan itu lebih penting dari segalanya..
perbincangan itu jalan terbaik baginya..
namun untuk bertemu, jarak itu penghalang buatnya..
masa yang akan menentukan segalanya..
biarpun sesekali ia kembalikan kesakitannya..
tidak ditunjuk diawal pertemuannya..
kerana usaha bertemu itu sangat besar nilainya.
mengharapkan penyelesaian persoalan difikirannya..
tidak putus kalungan doa kepadaNYA..
meminta diampunkan dosa, dibetulkan akhlaknya..
dengan harapan dipermudahkan ujian buatnya..
dicekalkan hatinya..
hati yang bertahta ini taktala untuk dirinya..
yang kadang mudah goyah kerana kekurangan imannya..
insyALLAH dikuatkan segala dugaan yang diterimanya..
Kuatnya dugaan yang ALLAH berikan kepada hambanya kerana kuatnya sayang ALLAH kepada kita..
amin~